Jumat, 09 September 2011

kisah Teladan

Salah Satu Kisah Yang Umi Salin Dari "HIMPUNAN KITAB-KITAB FADHAIL AMAL"

KISAH 1
Syeikh 'Abdul Wahid rah. merupakan salah seorang ahli sufi yang mashur. Beliau
menceritakan, "Pada satu malam aku sangat mengantuk sehingga tertidur sebelum sempat menyempurnakan wirid dan zikir. Aku melihat dalam mimpiku seorang gadis yang sangat cantik berpakaian sutera hijau. Seluruh anggota badannya, sehingga kasut dan kakinya pun sebuk berzikir. Gadis itu berkata kepada saya,
"Usahalah untuk mendapatkan saya. Saya ingin mendapatkan engkau. "Kemudian
beliau pun membaca beberapa rangkap syair percintaan. Setelah tersedar daripada mimpi, beliau pun bersumpah tidak akan tidur lagi pada waktu malam.

Diriwayatkan bahawa selama empat puluh tahun beliau bersolah 'isyak dan subuh dengan wuduk yang sama."



KISAH 2

Syeikh Mazhar Sa'adi rah. adalah seorang wali Allah. Beliau sentiasa menangis selama enam puluh tahun kerana cinta dan rindu kepada Allah swt. Pada suatu malam beliau telah melihat dalam mimpinya seolah-olah sebuah sungai, yang dipenuhi dengan kasturi. Ditepi sungai terdapat pohon yang subur yang diperbuat daripada mutiara dan dahan pohon itu diperbuat daripada emas. Disana beberapa orang perawan sibuk memuji Allah swt. Beliau bertanya "Siapakah kamu?". Mereka menjawab menerusi dua rangkap syair yang bermaksud "Allah swt Yang Maha Suci, Tuhan kepada Muhammad, yang disembah oleh manusia telah menciptakan kami untuk mereka yang sentiasa berdiri sepanjang malam dihadapan Allah swt serta bermunajat kepadaNya."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar