Senin, 19 September 2011

Kisah Perompak Bertaubat


( kisah Wali Allah Sheikh Abdul Qadir Jailani)

Adalah dikatakan bahawa semasa beliau hendak pergi ke Baghdad, ibunya telah memasukan 80 keping wang mas dalam bajunya dan dijahit dibawah ketiaknya, sebelum berangkat pergi ibunya yang warak itu telah menasihati Sheikh Abdul Qadir Jailani supaya JANGAN BERBOHONG dalam keadaan apa sekalipun dan beliau berjanji pada ibunya tidak akan berbohong.

Sheikh Abdu Qadir Jailani pun pergilah mengikut satu kafilah yang hendak pergi ke Baghdad, ditengah2 perjalanan iaitu disatu tempat bernama Hamadan kafilah itu telah diserang oleh sekumpulan penyamun, mulanya penyamun2 itu tidak mengindahkan Sheikh Abdul Qadir Jailani kerana rupanya yang seperti orang miskin sahaja, tetapi datang seorang penyamun bertanya kepada beliau samada beliau ada wang. Sheikh Abd QAadir Jailani teringat pesanan ibunya supaya JANGAN BERBOHONG, lantas beliau berkate, "Ya, AKU ADa 80 KEPINGN WANG MAS DIJAHIT DALAM BAJUKU OLEH IBU KU". Penyamun itu terkejut melihat Sheikh Abdul Qadir Jailani bercakap dengan terus terang dan TIDAK MAU BERBOHONG. Mereka membawa Sheikh Abdul Qadir Jailani berjumpa dengan ketua mereka dan disoal begitu juga, dan Sheikh Abdul Qadir Jailani menjawab seperti tadi juga. Ketua perompak itu memerintahkan baju Sheikh Abdul Qadir Jailani dibuka, apabila baju itu dibuka, maka benarlah ada 80 keping wang mas dalam baju itu, SANGATLAH HAIRAN akan ketua penyamun itu, lalu ia bertanya kepada Sheikh Abdul Jailani, kenapa engkau sangat BERCAKAP BENAR?.......

Shekh Abdul Jailani menjawab, BAHAWA IBUKU TELAH MENGIKATKAN JANJI KEPADA KAU SUPAYA AKU BERKELAKUAN BENAR DALAM SEKELIAN PERBUATAN, AKU SEKALI2 TIDAK AKAN MENGKHIANATI JANJI KU ITU.....

Tiba2 ketua perompak itu pun menangis, die berkata: ENGKAU TIDAK MENGHKHIANATI JANJI KEPADA IBUMU, SEDANGKAN AKU TELAH BEBERAPA TAHUN KHIANATI PERJANJIAN DENGAN TUHANKU....maka ketika itu juga BERTAUBATLAH ketua perompak itu yang langsung diikuti oleh semua anak buahnya dihadapan Sheikh Abdul Qadir Jailani, semua harta rompakan langsung dikembalikan kepada pemilik2nya !!!!!!

Moga cebisan kisah ini menjadikan kita insaf!

(disalin dari kitab Pembukaan Kepade Yang Ghaib(Fthulghaib)!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar